Punk Itu Cara Berfikir

Sunday, February 22, 2009

Punk adalah pemikiran. Banyak pepatah yang mengatakan “buatlah sesuatu dengan berfikir sebelum bertindak”.. begitu juga dengan gaya hidup sebagai seorang punks. Ramai yang diantara kita yang menganggap bahawa gaya hidup sebagai punk hanyalah untuk memprotes dan sekarar berfesyen sahaja. Bagi aku itu tak penting.. bagaimana korang nak memprotes sesuatu jika korang sendiri masih lagi cetek ilmu didada dan ingin menyerang dengan gaya koboi tanpa berfikir dahulu. Cornfirm korang akan kalah dan senang-senang sahaja dipijak balik.
Ilmu itu adalah senjata terbaik untuk kita melawan seseorang daripada bergaduh dan hanya memprotes. Apa yang korang dapat kalau hanya tau melawan dengan cara bergaduh ? kalau menang korang rasa suka tapi kalau kalah korang akan merasa ingin balas balik dan korang rasa sakit. Tapi jika korang melawan dengan ilmu apa yg korang dapat? Kalau menang korang akan dapat membuka masyarakat tetntang apa yang cuba korang perjuangkan dan jika kalah korang akan tetap mahu membalas balik tapi dengan cara yang lebih baik sekurang-kurang nya badan pun tak sakit untuk terus berjuang.
Pemikiran memainkan peranan yang penting untuk kita terus melalui kehidupan kita sebagai manusia. Jadilah seorang punk yang mampu untuk berfikiran jauh, sekurang-kurangnya ia dapat membantu diri kita sendiri dengan lebih baik. Setelah berfikir maka barulah lahirnya tindakan dimana iayna akan melakukan apa yang telah kita rancang dan fikirkan.
Buatlah pemikiran yang positif untuk scene kita dan diri kita sendiri. Jika tiada diantara diantara kita yang berilmu maka senang-senanglah kita dikalahkan dan di jatuhkan.

Credited to Rotten n Rebels

0 comments: