Aku & Muzik?

Sunday, February 22, 2009

Aku dan muzik? kenapa ia perlu dibangkitkan? aku pun tak tau, banyak sangat orang bertanya kat aku, sampai bila kau nak macam ni? boleh ker berjaya dalam muzik underground ni? Aku akan berada dalam arena muzik ni selagi nyawa aku masih dikandung badan dan aku takkan berputus asa. Bagi aku muzik ni adalah medan kita untuk melepaskan perasaan! Aku merasa puas bila dapat mempersembahkan sesuatu terutamanya lagu² yg memberi nasihat atau isu semasa. Berada didalam dunia muzik sebenarnya bukanlah tempat untuk popular atau dikenali, muzik adalah jiwa.. aku tak dapat hidop tanpa muzik. muzik underground adalah unik ia bebas dan kita boleh buat apa sahaja mengikut kehendak kita tanpa perlu terikat. Bagi aku seseorang yang bermain muzik tak perlu lah mengutuk muzik orang lain, kita perlu respect antara satu sama lain. Kalau tak suka pun tak payahlah kita nak cakap yang kita ni tak suka muzik tu kat orang lain. senyap² dah ler.

Credited to Rotten n Rebels

0 comments: