Gigs @ JB

Monday, October 27, 2008





Sex Pistols - Never Mind The Bollocks

Sunday, October 26, 2008


Track Listings
1. Holidays in the Sun
2. Bodies
3. No Feelings
4. Liar
5. Problems
6. God Save the Queen
7. Seventeen
8. Anarchy in the U.K.
9. Submission
10. Pretty Vacant
11. New York
12. E.M.I.

DOWNLOAD

The Exploited - Live & Lound (1987)


TRACKLIST:

1 Law and Order - 2:32
2 Let's Start a War (Said Maggie One Day) - 2:27
3 Horror Epics - 3:09
4 Cop Cars - 2:00
5 Blown to Bits - 1:54
6 Hitler's in the Charts Again - 2:49
7 Belsen Was a Gas - 1:09
8 Alternative - 1:48
9 I Hate You - 1:30
10 UK '82 - 1:46
11 Rival Leaders - 1:42
12 Maggie - 1:49
13 Troops of Tomorrow - 2:54
14 Sex and Violence - 4:30
15 Daily News - 3:08
16 Crashed Out - 2:32
17 SPG - 2:15
18 Exploited Barmy Army - 2:36
19 Dead Cities - 1:48
20 I Believe in Anarchy - 4:23

DOWNLOAD

Punk and Disoi!derly - A street punk compilation


TRACKLIST:

1-Funeral Dress (BEL) - Party Political Bullshit
2-The Authority (USA) - Two Sides
3-Dick Spike (JAP) - Clockwork World
4-Banner Of Hope (USA) - Your Lies
5-GC5 (USA) - Bars To Me
6-Instant Agony (UK) - Be Afraid
7-Unite Against Society (BEL) - Clockwork Society
8-Bonecrusher (USA) - Problems In The Nation
9-Casualties (USA) - Casualties
10-The Relix (USA) - Bottles And Bruises
11-Rotten Bois (IT) - Ragazzi Di Periferia
12-Blind Society (USA) - Working Class Enemy
13-Endless Struggle (USA) - Stay Away
14-Antidote (HOL) - How Can We Live
15-Last Years Youth (UK) - Politicunt

DOWNLOAD

THE TRANSPLANTS - Haunted Cities


TRACKLIST:

1.Not Today
2.Apocalypse Now
3.Gangsters and Thugs
4.What I Can't Describe
5.Doomsday
6.Killafornia
7.American Guns
8.Madness
9.Hit the Fence
10.Pay Any Price
11.I Want It All
12.Crash and Burn

DOWNLOAD

DISCHARGE - War Is Hell (2008)


01. War Is Hell
02. State Violence State Control
03. You Deserve Me
04. Never Again
05. The More I See
06. Hype Overload
07. Corpse Of Decadence
08. Mad
09. You Take Part In Creating The System
10. Nightmare Continues(live)
11. Hell On Earth (live)
12. Realities OfWar (live)
13. Doomsday (live)
14. Beginning Of The End
15. Blood Of The Innocent
16. Suburbian Dreams
17. Pigs
18. NoFutre Usa
19. Pause

DOWNLOAD

THE CASUALTIES - Live At NewCastle Riverside (DVDRip)


TRACKLIST:

1. Riot
2. Ugly Bastards
3. City life
4. Who's gonna be ... there again
5. Unemployed
6. Sex & Violence
7. For The Punx
8. Two Faced
9. Punx & Skins
10. Police Brutality
11. No Room For The Youth
12. Punk Rock Love
13. Kill Everyone
14. Getting Shit
15. Political Sin
16. Punx Unite
17. Social Outcast
18. Get Off My Back
19. Rock & Riot

INFO:
Format:DVDRip format.Avi
File size:690 Mb
Provider: ShareBee
Duracion: 41 Minutes
Year : 1998

DOWNLOAD:
PART 1,PART 2, PART 3, PART 4, PART 5, PART 6, PART 7, PART 8

The Casualties - A Fucking Way Of Life


TRACKLIST:

1. Politician
2. Casualty
3. 2 Faced
4. Fuck You

DOWNLOAD

Kebangkitan pemuzik indie

Saturday, October 25, 2008


PENGHUJUNG tahun 1990-an menyaksikan industri muzik tanah air seakan-akan malap apabila tidak banyak kumpulan muzik yang berkaliber muncul hingga menyebabkan berlakunya kebanjiran ramai artis dari Indonesia.

Bagaimanapun, senario itu sedikit demi sedikit berubah selepas demam muzik independent (indie) dan alternatif rock banyak mempengaruhi para pemuzik dan juga kalangan para peminat di negara ini sejak lima tahun kebelakangan ini.

Fenomena terhadap sambutan para peminat terhadap genre muzik itu dapat dilihat menerusi persembahan kumpulan- kumpulan terbabit secara kecil-kecilan atau ‘gig’ yang telah diadakan di kelab-kelab kecil seluruh negara.

Malah, fenomena kebangkitan para pemuzik indie dengan gaya muzik yang lebih kreatif dan pelbagai itu kini tidak dapat dibendung lagi apabila mereka berjaya menarik lebih 20,000 penonton setiap kali sesebuah konsert yang besar diadakan.

Hakikat itu terbukti menerusi konsert Kami The Concert anjuran syarikat rakaman Monkey Bone yang menghimpunkan 24 buah kumpulan indie tempatan yang berlangsung di tempat Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi konsert tajaan syarikat telefon prabayar Hotlink itu, berlangsong dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 12 malam!

Menurut Pengarah Monkey Bone, Ahmad Izham Omar, Kami The Concert merupakan konsert indie tempatan terbesar dan paling berjaya pernah dianjurkan pada tahun ini yang boleh menggambarkan tentang trend muzik semasa.

“Bagi saya, ini merupakan suatu pergerakan muzik indie yang semakin ‘membesar’ dalam industri muzik kita dan ia semakin diterima oleh para pemuzik dan peminat di negara ini. Ia seakan-akan sukar untuk dibendung keghairahannya.

“Apa yang dapat digambarkan pada konsert ini ialah bahawa ia merupakan suatu petanda gambaran trend yang akan berlaku dalam industri muzik kita tidak lama lagi. Kumpulan-kumpulan indie yang ada sekarang ini adalah pewaris.

“Merekalah yang akan meneruskan kesinambungan dalam dalam industri muzik kita selepas ini. Apa yang berlaku hari ini juga adalah gambaran yang bakal melanda pada masa depan,” katanya ketika ditemui Hits pada konsert itu.

Kami The Concert diadakan selaras dengan sambutan drama bersiri Kami yang disiarkan menerusi saluran 8TV dan juga Kami The Movie yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam baru-baru ini.

Antara kumpulan yang telah menjayakan konsert itu ialah OAG, Butterfingers, Meet Uncle Hussain, Pure Vibracion, Republic of Brickfields, The Pilgrims, Bittersweet, Koffin Kanser, The Agrobeats, 7 Collar T-Shirt dan Pop Shuvit.

Setiap kumpulan bukan sahaja tampil dengan imej dan persembahan tersendiri tetapi genre muzik yang mereka ketengahkan juga berbeza satu sama lain termasuklah alternatif rock, nu-metal, rapcore, reggae dan hardcore punk.

Jelas Ahmad Izham, sambutan konsert yang diadakan secara percuma itu secara tidak langsung banyak dipengaruhi oleh sambutan para penonton terhadap drama bersiri Kami yang mengisahkan tentang peminat muzik indie.

“Sewaktu drama bersiri Kami disiarkan menerusi 8TV, kira-kira 700,000 penonton telah menyaksikannya. Selepas itu, apabila ia ditayangkan semula menerusi laman sesawang, ia disaksikan pula oleh 400,000 penonton.

“Sambutan itu telah melonjakkan Kami sebagai rancangan televisyen terbitan 8TV yang paling ramai penonton. Ekoran sambutan hebat itu, kami akan meneruskan lagi program tersebut termasuklah penganjuran konsert ini,” ujarnya.

Keadaan di tempat letak kereta bahagian petak A penuh sesak dengan remaja berusia antara 15 hingga 25 tahun yang membanjiri perkarangan stadium tersebut sejak dari pukul 1 petang di mana ramai yang secara berbondong-bondong.

Kebanyakan peminat yang datang pada petang itu menggunakan khidmat keretapi transit aliran ringan (LRT) yang kebetulan terletak tidak jauh daripada pentas utama konsert tersebut yang merupakan kali kelapan diadakan tahun ini.

Tambah Ahmad Izham, sebelum ini Kami The Concert juga telah dianjurkan di beberapa buah bandar utama seperti Melaka dan Sungai Petani di mana sambutannya amat menggalakkan biarpun ia diadakan di luar Kuala Lumpur.

Katanya, senario terhadap muzik itu bukan sahaja menarik perhatian para peminat tetapi pihak penaja terutamanya syarikat komunikasi tempatan kini semakin membuka mata atas kebangkitan para pemuzik indie di negara ini.

“Selama ini ramai yang melihat pihak penaja lebih banyak memberi perhatian menaja artis-artis dari luar negara terutamanya dari Indonesia. Tetapi daripada senario itu, saya yakin persepsi itu akan berubah tidak lama lagi.

“Dalam hal ini, bagi saya, kita tidak perlu berasa takut untuk bersaing dengan kumpulan-kumpulan pemuzik dari luar negara. Ini kerana, kita ada terlalu banyak kumpulan indie yang berbakat untuk diketengahkan dalam industri muzik kita.

“Saya berani jamin, kumpulan yang ada pada hari ini akan menjadi ‘besar’ dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Lihat sahajalah kumpulan seperti Seven Collar T-Shirt, mereka kini sedang mengumpul peminat yang semakin ramai,” katanya.

Pada Kami The Concert yang berhenti rehat ketika masuknya waktu solat asar dan maghrib itu, tiga segmen telah dibahagikan iaitu Noon Jam, Evening Down Time dan Full Moon dan ia bertujuan mengkelaskan kumpulan mengikut senioriti setiap kumpulan yang terbabit.

Sementara itu, konsert sempena meraikan kejayaan Kami The Movie hasil terbitan Red Films dan Grand Brilliance Sdn. Bhd. itu turut menghasilkan album Kami Vol. II : The Movie Soundtrack yang mendapat sambutan ramai.

Dalam album itu, antara lagu yang diselitkan ialah lagu berjudul Mawar Khayalan nyanyian kumpulan Laila’s Lounge yang turut serta mengambil bahagian pada konsert tersebut.

Fenomena atas ‘deman’ muzik indie itu turut diakui oleh penyanyi dan gitaris kumpulan Republic of Brickfields, Aru yang menyifatkan ia sebagai suatu petada positif yang sedang berlaku dalam industri muzik tanah air sejak akhir-akhir ini.

Penyanyi berusia 43 tahun itu mengharapkan senario itu berterusan kerana secara tidak langsung ia mampu untuk mengalihkan pandangan dan sambutan para peminat terhadap artis-artis tempatan.

Sama genre

Malah, katanya, ekoran sambutan yang berterusan itu, pelbagai konsert yang sama genre dengannya telah, sedang dan akan diadakan di bandar-bandar besar seluruh negara dalam waktu yang terdekat ini.

“Itu adalah suatu petanda yang positif kerana ia akan memerlukan para pemuzik kita supaya lebih bekerja keras untuk bersaing sesama sendiri. Secara tidak langsung, persaingan sesama kami akan boleh mempertingkatkan lagi kualiti muzik.

“Apabila kreativiti dan mutu muzik semakin meningkat barulah para peminat berasa yakin untuk membeli album-album yang diterbitkan. Saya yakin, fenomena ini mampu mengembalikan kegemilangan muzik kita seperti dulu,” ujarnya.

Selain bermain untuk Republic of Brickfields, Aru yang cukup dikenali sebagai legenda dalam persada muzik underground dan indie tempatan turut menyertai Koffin Kanser selaku vokalis kumpulan tersebut pada konsert itu.

Konsert yang berlangsung tanpa sebarang kekecohan itu turut memperlihatkan kreativiti dan semangat berdikari di kalangan pemuzik indie apabila mereka turut mereka bentuk dan menjual barangan atas jenama kumpulan mereka.

Kemeja-T yang direka dengan pelbagai bentuk dan warna mewakili kumpulan-kumpulan yang beraksi pada konsert itu menjadi perhatian para peminat yang begitu teruja membelinya, apatah lagi dengan harga murah iaitu sekitar RM20 sehelai.

OAG selaku kumpulan penutup tirai para konsert berjaya memuaskan hati para peminat pada persembahan yang mengambil masa kira-kira 10 jam itu dengan 1001 macam ragam yang mampu mewarnai industri muzik kita selepas ini nanti.