'Wabak Kegembiraan'

Wednesday, May 6, 2009

Ahhhh....sangat lega lepas aku abis exam yang sangat mencabar tahap nak kena selsema babi.Ni merupakan satu kegembiraan buat aku dan sume warga kelas aku...hahaha. Kalau nak citer pasal wabak memang skarang ni banyak wabak yang melanda negara macam wabak selsema babi kalau yang terbaru la. Tapi kali ni aku bukan nak citer pasal wabak selsema babi, tapi aku nak citer pasal wabak kegembiraan yang merupakan wabak kesukaan ramai termasuk aku...:p

Rasanya kalau aku cakap pasal wabak kegembiraan mesti ade orang yang tak tau menatang apekebende tuh. Wabak ni bahaya ke? cun ke? Ade dua kaki ke? jawapannya sume sekali. Sebab ape? Sebab wabak ni bahaya kalau menyerang dan ade dua kaki....:p Okeh la, dah panjang intro aku ni.sbnanya wabak ni PLAGUE OF HAPPINESS kalau dalam bahasa simplenya....ekekeke.


Wabak kegembiraan 2003

Kalau nak mengenang kembali detik2 aku kenal band ni masa aku 1st time berjinak-jinak dengan arena gig time zaman budak hingusan sekitar taun 2005. Masa tu memang 1st time aku pegi gig kat segamat, Johor. Venue kalau tak salah aku kat Dewan Serbaguna Segamat. Nama gig tu Rock On Stage 2. Band pon aku dah tak berapa ingat tapi yang pasti ade Plague Of Happiness, The Times (yang masa tu baru pecah dari OAG),Battlegrounds, N many laaa. Masa aku pegi ni memang aku fly dari hostel aku la bersama konco2 aku. Maklum la aku dulu budak hostel yang skema giler....haha. Balik gig kantoi pulak dengan warden aku...Adoiii.

Masa ni Naz=vocal,guitar still berambut mohawk lagi la. Time plague perform memang aku salute la. mamat2 punk rocka mula memenuhi saf-saf hadapan (macam nak semayang la pulak...:p). Wahhh....feymes jugak band ni walaupon mainkan irama ska punk jek. Maybe mamat2 punk rocka tu nak pogho lagu Viva La Punk cover dari otai Kuala Pilah, The Bollocks...hehe. Time tu aku rasa memang plague je la satu-satunya band ska punk kat malaysia ni. Sebab mana la aku kenal lagi band2 ska punk yang lain...:p

Okeh, skarang aku nak citer serba sedikit pasal band ni walaupon ramai yang dah tau. Senyap sudah, baca je kalau nak. Band ni start taun 1999 yang mempunyai pengaruh dari Rancid,kemuri(japan) dan Operation-ivy dan mula rekod demo untuk tolong member yang study kat Lim Kok Wing untuk masuk Malaysian Video Awards (MVA) tapi tak sempat sertai sebab tak dapat siapkan. Maklum la,kureng experience la kan....:p Maka terhasillah Demo pertama 'Nanban' sekitar August 2000. Kalau tak silap aku, Nanban tu bermaksud kawan. Ikut bahasa apa aku pon dah tak ingat la. Sambutan demo ni memang tahap gaban. Aku pon still simpan demo ni...:p

Lepas tu Plague join buat album kompilasi 'Before We Were Young' yang melibatkan antara band2 punk rock dan ska macam Fairy Goat Mudder, Sherzo, Fags And Stoned. Then, Plague menerima undangan oleh TROSKOT RECORDS (Bulgaria) untuk kompilasi 'ZAAAZZ'. Kompilasi ni untuk kanak2 spastik dan plague menyumbangkan lagu 13th May daripada demo Nanban.

Sekitar Mac 2003, Plague berpeluang jadi opening act untuk The Business bersama dengan ACAB (yang ketika tu still dengan attitude oi!) dan beberapa band lagi. Pastu menyumbangkan lagu lagi dalam sountrack GEDEBE (filem indiependent yang diarah oleh Nam Ron/Paloh). Pastu rilis 4-way split 'All Of The Ska Bands Are Splitting Up' bersama Lame Duck(norway), The Square(norway), Smooth Lee(Belgium).

Rilisan 4-way split ni mengandungi lagu hits macam 'Viva La Punk' dan 'Lepaskan'. Sekitar 2004, Plague jugak rekod lagu BOOKIES untuk album tribute to ACAB Vol 1. Dan bermacam-macam lagi la projek2 yang dilakukan seperti muncul di 8tv untuk program Latte@8 dan Homegrown, dapat tajaan.

1st album akhirnya siap sekitar 2007 dan dapat rilis taun 2008 lepas macam2 masalah berlaku. Plague jugak dah setel Kawan Malaysian and Singapore Tour dan Naz dapat tajaan dari Gibson...Caya la bro. Projek terbaru plague dah rekod 2 lagu baru untuk dimuatkan dalam album kompilasi Radio Rosak. Satu lagu melayu iaitu 'Hasrat' dan satu lagu Omputih yang bertajuk 'Useless Enemy". Okeh,tu je kot aku tau pasal band ni. Akhir kata, aku nak pinjam ayat naz...."Stomp That Feet Wid Crazy Skankcore Beat".



2 comments:

Miss Anne said...

nak promote lg hehe
http://coolandfuntech.blogpot.com
^ ni bru la student mknikal wt blog cmni
huhu

Mr farique said...

erkkk...sini bkn tmpt iklan,,
hahahaha